Kolej Komuniti Taiping telah beroperasi pada Januari 2012 di alamat No 25, Laluan Kamunting 3, 34600 Kamunting, Perak . Kolej ini menawarkan pengajian peringkat sijil dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa, Teknologi Pembuatan serta kursus pendek dengan pelbagai jenis kursus menarik. 

Kolej Komuniti Taiping ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.